Saturday 1 September 2018

One Day Before Degree Life in UMT

Assalamualikumm peeps.

Alhamdulillah aku diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu untuk teruskan pelajaran dalam kos teknologi makanan. So, actually esok tarikh daftarnya. Tapi disebabkan aku duduk N. Sembilan, kena lah gerak sehari awal sebab waktu pendaftaran pun 8.30 pagi sampai 1.00 petang je. Baru je siap kemas-ii barang. And tetau jelah, time kemas tu rasa macam tak banyak mana pun aku pack, tapi bila dah start nak masukkan dalam kereta hahhhh tengoklah muat ke tak muat. macam tin sardin lah nanti keta mama tu. Cehh macam tak biasa lak ann. We're gonna stay in a hotel for a day and drive to UMT early in the morning so that ada masa lebih sikit untuk kemas-ii barang and uruskan pendaftaran pe semua. Iman si bebal ni pulak boleh terlepas tarikh daftar bilik.


I mean, dalam portal UMT ada disediakan borang pendaftaran yang kita perlu isi kalau setuju terima tawaran. Segala tentang kad matrik dan pembayaran yuran boleh settlekan online and update dekat portal tu before tarikh tutup yang ditetapkan. Haritu ada dapat email bagitahu yang 20.8 tarikh tutup untuk daftar. Kalau terlebih tarikh daftar online ni pun takpe sebab boleh je daftar time 3.8 nanti (hari pendaftaran pelajar baru) manually kat kaunter-ii yang disediakan. Cuma akan ambil masa lama sikit lah untuk dapatkan kunci bilik dan lain-ii.


Kelebihan membuat pendaftaran awal (sebelum tarikh tutup pendaftaran
kemasukan secara online) adalah :

1) Kolej Kediaman (asrama) boleh dimaklumkan lebih awal untuk calon pelajar
yang telah disahkan maklumat bayaran dengan pihak Bank. 
2) Saudara/i hanya melapor diri di UMT untuk mengambil kunci bilik asrama
dan kad matrik sahaja dan terus ke Kolej Kediaman.
3) Tidak perlu ke kaunter pendaftaran
4) ** Tidak perlu ke kaunter penggambaran kad matrik
5) Proses keseluruhan pendaftaran dijangka mengambil masa 5 hingga 10 minit
sahaja. Anda boleh terus ke asrama untuk check in di bilik masing-masing.
Untuk mengakses ke sistem ini sila klik pautan berikut:



Masalahnya si Iman ni lambat buka email and time buka tu pun dah lepas tarikh tutup. Kalau tak boleh terus ambil kunci bilik. Senang kerja aku. No. bilik pun taktahu lagi, blok ma↪na, tingkat berapa, roommate siapa. Sepatutnya dah boleh je tahu tapi aku taktau macam mana nak check. Senior ada bagi link tapi just keluar portal pendaftaran tu je. Aku taktahu lah celah mana nak tengok benda alah tu. Bersabar jelah beratur nanti.

Sedihnya nak tinggalkan rumah. Hahahahahah. Bukan tak biasa duduk asrama cuma sayang nak tinggalkan rumah, suasana rileks-ii lepak-ii tambah berat badan, and yang paling penting,, WIFI LAJUUU. Kalau sampai u nanti memang slow siput lah line ceritanya kann. Nak buat camane. Susah sikit lah nak update blog. Ni pun start update blog semula sebab baru dapat laptop. Ngehngehngeh.Tapi takpeeee.. UMT ada pantai langit confirm cantik..<3

Ilham nak tulis blog ? Lepas dapat tawaran confirm lah aku survey, search pasal umt dan aku nampak just ada beberapa blog je yang tulis pasal umt ni. Tu pun entry lama -_- 2001, 20014. Ni dah 2018 ! so aku buat lah satu. Tapi bukan kat entry kalini lahh. Kat sini just nak cerita apa jadi je sebelum daftar. Heheh. Entry pasal UMT yang lebih jelas maybe next time lah. InsyaAllah kalau ada masa dan tak terlupa, aku update lah pasal persekitaran or perkara-ii menarik pasal UMT. Upload gambar ke kann. Haaa nanti-ii. Setakat ni aku rasa cukup lah sampai sini.


Bila suruh budak 9 tahun ambikkan gambar -,-





See you when i see you <3


Monday 14 March 2016

To My Sam

Aku ada seorang sahabat ni. Paling cantik paling gorgeous paling pandai ploles. Tapi kan, kami dah tak macam dulu.


Aku rindu.
Tersangat sangat sangat sangat rindu 
Aku nak peluk kau. Sekarang juga. Aku nak cakap aku sayang kau.


Keputusan aku. Yang dulu. Tak cukup rasanya kata maaf aku. Bila kita boleh macam dulu lagi? Aku cuba dekat balik dengan kau. But, it just won't do. Apa lagi aku boleh buat, Sam? Aku cuba biarkan semua ni. Unsurprisingly, tak jalan. Sebab kau bukan orang lain yang senang aku nak lupakan. Kau bukan orang lain yang aku boleh terus abaikan. Tahun ni, tahun paling sunyi. Paling sunyi dalam hati. Allah bagi aku peluang rasa bahagia bersahabat dengan kau selama setahun. Tahun ni Allah tarik nikmat tu. Aku harap nanti Allah bagi balik lah. 

Aku tahu aku sedar. Aku buat salah. Aku sedar. Boleh tak maafkan aku? Kau kata kau dah maafkan, tapi cara kau tak tunjukkan macam tu.

That day, you congrats me for my exam result. We had a short conversation on our way to the lab. "Tahniah. Weh lain kali......................." And that was literally the only thing you said to me. And some short sentences were the only thing that got out of my mouth. Sam. That was not the usual us. Mana hilang semua chemistry mana hilang semua manja. Kau tak rindu ke sam? Baiklah. Aku rasa kau tak sedar. Jadi, aku nak cerita dekat sini. 

Hari tu, few days sebelum majlis perpisahan cikgu Ain. Sebelum tu kita plan nak mintak cikgu Dewi buatkan kek. Ingat tak? And on that day, we decided to cancel it. So, you, me and your desk mate got out of class to find Cikgu Dewi. Sepanjang perjalanan pergi lab, kau jalan dengan dia dan aku jalan sorang-sorang dekat belakang. Aku rasa kau tak ingat pun aku ikut korang. Hahahah. Aku jalan belakang tu dengar conversation korang. Obviously lah aku dah tak ingat conversation tu pasal apa. But you guys seems so close and comfortable together. Aku tak kisah masa tu. Tapi aku fikir jugak kan. Kau ni memang tak ingat ke aku ikut ni. Hahahah . Aku try menyelit kat tengah-tengah. Pastu aku kebelakang balik. Kahkahkahkah sebab tak dilayan lah. Lepastu, dah nak sampai lab pun aku macam tak wujud. Aku tanya kau soalan, kau jawab ala kadar. Padahal dengan dia kau berborak bukan main rancak. Kau pegang tangan dia, gelak ketawa dan aku macam orang bodoh duduk senyap dekat belakang. Kita tengok dekat lab kimia dulu sebab pintu lab fizik tutup. Tengok-tengok cikgu takda pulak kan. Kau tarik tangan dia pergi lab fizik pulak. Aku duk tercengan-cengang tak bergerak kat belakang tu. Tengah blur tengah confuse korang ni nak pergi mana. Hahahahahah. Cuba kau bayangkan dramatik sikit. Kau tarik tangan dia jalan ke depan tinggalkan aku kat belakang tercengang-cengang. Hahaha padu weh dalam hati. And then, hari berlalu macam biasa. Aku bukan marah kau dengan dia. Sumpah. Aku tak ada apa-apa masalah dengan dia. Aku sedih sebab aku macam tak wujud waktu tu. Macam aku ni dah digantikan. Senang-senang je. Takda angin takda ribut. Pufff . Aku sedih sebab dalam ingatan aku, kau langsung tak peduli. Aku sedih sebab kau langsung tak sedar pun pasal ni. Kau tak sedar ke kau ada sakitkan hati aku? Dan seingat aku, Kita borak ala kadar je lepas hari tu. Satu ayat yang asyik berputar dalam kepala otak aku ni. "Dia dah ada bestfriend baru" . Lagi-lagi pulak dia semuanya better than me. Everything. hahahah Tahu tak rasa dia macam mana? Rasa dia lagi teruk daripada boyfriend curang. Mesti kau rasa benda ni benda paling kecil orang pernah terasa hati kan? Hahah. 

Honestly, ada lagi beberapa perkara yang broke my heart sedikit demi sedikit. Tapi aku taknak cerita pasal tu sebab aku nak lupakan. Cuma satu cerita ni aku tak boleh lupakan. Aku ada lah ceritakan benda ni dekat dua orang ni. Aku rasa kau boleh teka. Aku pun tak tahu lah apa yang hebat sangat pasal memori yang ni. Bila aku tukar sudut pandangan as orang lain yang baca yang takda kaitan dengan aku. Aku juga rasa perkara ni sangat-sangat kecil. Tapi, ini aku. Hati aku. Ini apa yang tersirat. Harap kau faham.

Sungguh, kalau boleh aku nak peluk kau sekarang jugak. Nak luahkan segala benda. Dan kau duduk diam tak payah cakap apa-apa. Dengar je apa yang aku nak cakap. Tapi , entahlah. Aku dah mula rasa malu dengan kau. Macam mana aku rasa malu nak start conversation dengan orang lain. Walaupun sebelum ni, kita lah budak paling haruk dalam kelas. Sampaikan cikgu kena pisahkan tempat duduk. 


Sam. Now you know the things that I've been keeping as secret from you.I am never good enough no matter what I say or what I do.  Semoga 'kita' tak berakhir kat sini.  And lastly, 





Peace out !

Saturday 5 March 2016

Who Am I Trying To Be?

Assalamualaikum. May peace be upon you.

First of all, I had a little frustration on this background. I've changed it to my own picture but it is still pink. This background is actually what I chose when I was 12 years old (maybe). Now, it is not interesting anymore as it was 4 years ago. As time pass by, I have learnt so much, felt so much and thought a lot more. But maybe I was lying to myself. 

My ambition is to be a doctor. At least that's what I've been told. But. I am not sure about that. Combining my weaknesses and comparing it to my abilities, the idea of being a doctor is always impossible. I felt my heart beating furiously as I watched videos of surgeries. My mouth smiled as I read stories related to something medical. My heart started pounding when I wrote the word 'medical'. Like right now. But I am just not sure. I have too much weaknesses. I am still in my comfort zone where having my head over the cloud is just a usual thing. I know how hard it would be being a medical student. Medical degrees which will cost a hand and a leg. The white coat and stethoscope hanging around my neck. How satisfying it would be. Not to forget, the battle I have to fight in. I am just scared.

Saturday 16 June 2012

Enjoy wit this :D

Assalamualaikum .. enjoy this song yaww !




Chorus:-
Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan

-Chorus-

Alyph:
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

-CHORUS-

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh

-CHORUS-

Sumber :
 http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-cun-saja-sleeq.html#ixzz1xwARta00